Kandungan Di Luar Rahim, Kepentingan Check di Awal Kandungan

Kongsikan

Setiap wanita yang sudah berkahwin, apabila mendapati dirinya sudah lama tidak datang bulan atau period perlu membuat ujian air kencing atau ujian kehamilan untuk memastikan bahawa dirinya sedang mengandung atau tidak. Ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk seseorang itu mengetahui bahawa dia sedang mengandung atau tidak kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tindakan segera apabila mendapati bahawa diri mereka sedang mengandung. Apabila seseorang wanita mendapati terdapat dua line pada ujian air kencing, mereka dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

Mengapa Perlu Untuk Berjumpa Doktor?

Setelah mendapati bahawa anda sedang mengandung, tujuan utama anda perlu berjumpa doktor adalah untuk mengenal pasti sudah berapa minggu sebenarnya kandungan anda pada ketika itu. Sekiranya doktor mendapati bahawa sekiranya kandungan anda sudah mencapai tempoh enam minggu dan keatas, doktor akan menasihatkan anda untuk membuat satu imbasan ultrasound ataupun bahasa lainnya dipanggil scan. Tujuan utama scan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dimanakah kedudukan kantung kandungan tersebut. Adakah ianya berada di kedudukan yang sepatutnya ia berada ataupun ianya berada di luar rahim atau bahasa saintifiknya dipanggil sebagai ectopic pregnancy. Oleh itu, scan ini adalah sangat penting untuk dilakukan supaya kita dapat mengetahui kedudukan kantung kandungan anda berada.

Bahaya Kandungan Berada Di Luar Rahim

Sekiranya setelah membuat imbasan ultrasound atau scan dan doktor mendapati bahawa kandungan anda berada di luar rahim. Ini adalah satu perkara yang sangat merbahaya kerana kandungan di luar rahim ini boleh menyebabkan kepada berlakunya kematian. Kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana si ibu tidak mengetahui bahawa dirinya sedang mengandung dan apabila membuat scan mendapati kandungannya berada di luar rahim. Apabila datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan ianya sudah agak terlambat dan kemungkinan besar kandungan tersebut sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, apabila anda mendapati bahawa anda sudah lama tidak datang bulan atau period, anda perlu terus membuat ujian air kencing dan sekiranya anda mendapati bahawa anda sedang hamil, anda perlu terus segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan supaya langkah awal dapat diambil sekiranya doktor mendapati bahawa kandungan anda berada di luar rahim.

Simptom Kandungan Di Luar Rahim

Gejala biasa yang dihadapi oleh ibu yang mengalami masalah kandungan di luar rahim ini adalah apabila sudah agak lama tidak datang bulan dan si ibu mula berasa sakit ataupun senak di bahagian bawah perut. Kemudian mungkin akan ada sedikit pendarahan tetapi tidak banyak dan apabila membuat ujian kehamilan, si ibu mendapati bahawa ujian kehamilan tersebut adalah positif. Oleh kerana itulah doktor selalu mengingatkan kepada si ibu yang baru mengandung untuk segera datang ke klinik untuk menceritakan masalah yang berlaku ini kepada doktor agar langkah pencegahan awal dan rawatan awal dapat dijalankan. Ini adalah kerana, kandungan di luar rahim ini boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dikesan awal.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Kandungan Di Luar Rahim?

Tapi bagaimana kalau anda berasa malu dan segan untuk datang ke klinik bagi menceritakan masalah anda? Kalau pergi klinik kadang-kadang ada doktor lelaki buat saya jadi segan untuk bercerita apa yang berlaku. Jangan risau kerana anda boleh terus datang ke Klinik Siti dimana Klinik Siti menyediakan doktor wanita di setiap cawangan yang beroperasi dan anda tidak perlu lagi berasa malu atau segan untuk bercerita tentang masalah kesihatan anda kepada doktor wanita kami yang sentiasa bersedia untuk membantu anda. Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan anda dimana Klinik Siti kini sudah mempunyai 30 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak