Bila waktu yang sesuai untuk buat pregnancy test?

Kongsikan

Setiap wanita yang sudah berkahwin, pasti akan berasa sangat teruja dan gembira untuk mendapat anak. Salah satu cara awal untuk mengenal pasti yang dirinya sedang mengandung adalah apabila menyedari yang dirinya sudah lama tidak datang bulan atau period dan membuat ujian pregnancy test atau kita juga panggil sebagai UPT Test. Apabila seseorang wanita yang sudah berkahwin mendapati bahawa dirinya sudah lama tidak datang period, kebiasaannya mereka akan terus ke mana-mana farmasi berdekatan ataupun mana-mana kedai yang ada menjual pregnancy test kit untuk membuat ujian air kencing terhadap dirinya sendiri untuk mengetahui bahawa dirinya sedang mengandung ataupun tidak. Sekiranya alat pregnancy test itu menunjukkan dua garisan diatasnya, itu menunjukkan bahawa dirinya itu sedang mengandung dan si ibu boleh lah terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan mengenai tempoh dan kesihatan kandungannya pada ketika itu. Tetapi bagaimana pula sekiranya si ibu tidak datang period pada bulan ini tetapi apabila membuat pregnancy test menunjukkan yang dia tidak mengandung? Apabila membuat pregnancy test pada bulan hadapan pula baru menyedari bahawa dirinya sedang mengandung? Sedangkan sudah dua bulan si ibu tidak datang period.

Waktu Yang Sesuai

Hal yang demikian adalah berkait rapat dengan tempoh atau waktu pregnancy test itu dilakukan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang wanita itu datang period pada tanggal 1 Januari. Apabila tiba tanggal 1 Februari bulan hadapannya, dia mendapati bahawa dirinya tidak datang period dan terus membuat pregnancy test. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kemungkinan untuk mendapat keputusan yang negatif. Oleh yang demikian, doktor akan menyarankan kepada si ibu untuk membuat pregnancy test pada pertengahan bulan Februari atau hujung bulan Februari untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Ini bermakna, sekiranya seseorang wanita itu mendapati bahawa dirinya tidak datang period dalam tempoh sebulan. Dia perlulah menunggu tempoh dua atau ke tiga minggu lagi untuk membuat pregnancy test bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Penggunaan Test Kit Yang Salah

Bagaimana pula sekiranya seseorang ibu itu memang benar-benar mengandung tetapi setiap kali ujian yang dibuat olehnya menunjukkan keputusan yang negatif? Si ibu perlu tahu bahawa tidak semua test kit yang dijual di kedai adalah reliable. Namun, kebanyakan kes yang berlaku apabila seseorang ibu itu mendapat keputusan negatif dalam setiap pregnancy test yang dilakukan olehnya itu adalah disebabkan oleh si ibu membeli test kit yang salah. Hal ini sering berlaku apabila seseorang ibu itu merasakan yang dirinya mengandung tetapi apabila doktor meminta untuk melihat strip pregnancy test yang digunakan olehnya, doktor mendapati bahawa itu bukanlah pregnancy test kit tetapi itu adalah ovulation test kit. Jadi sudah salah disitu kerana ovulation test digunakan untuk menguji hormon lain. Pregnancy test pula digunakan untuk melihat hormon hamil Beta-HCG. Ovulation test pula digunakan untuk melihat hormon ovulation luteinising hormone (LH). Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin membuat pregnancy test, anda pelu melihat dan membeli test kit yang betul dimana pada kotak atau bungkusannya ada tertulis Beta-HCG Test Kit.

Tindakan Yang Perlu Diambil Setelah Ujian Kehamilan Positif

Setelah seseorang wanita itu mendapati bahawa dirinya sudah lama tidak datang period dan setelah mendapatkan test kit yang betul dan mendapati pregnancy test menunjukkan dua garis. Doktor sering menasihatkan supaya si ibu untuk terus berjumpa dengan pegawai kesihatan untuk membuat pemeriksaan bagi mengetahui tempoh sebenar kandungan dan bagi membuat imbasan ultrasound untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan bayi di dalam kandungan tersebut. Tidak kiralah sama ada berjumpa dengan jururawat atau bidan jururawat masyarakat dikawasan kediaman anda ataupun paling mudah anda boleh terus ke Klinik Siti kerana Klinik Siti kini telah mempunyai lebih daripada 30 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak