Aktiviti Ibu Mengandung – Jenis latihan yang bersesuaian

Kongsikan

Seringkali kita mendengar bahawa seseorang ibu yang sedang mengandung akan dapat mempersiapkan dirinya dengan lebih baik melalui cara bersenam dan bersukan. Sekiranya seseorang ibu itu sihat dan mempunyai proses kehamilan yang lancar, semestinya dengan melakukan aktiviti bersukan ini akan dapat membantu si ibu untuk kekal cergas dan kuat. Selain daripada dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh yang baik, si ibu yang sedang mengandung juga akan dapat mencegah dripada berlakunya kenaikan berat badan yang berlebihan. Selain itu, ibu mengandung yang bersukan juga dikatakan akan dapat mengharungi tempoh kelahiran yang lebih pendek dengan hanya sedikit komplikasi apabila melakukan aktiviti senaman dan bersukan. Bersenam secara teratur juga dapat membantu untuk menurunkan risiko penyakit jantung, diabetes jenis dua dan beberapa risiko penyakit barah. Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu yang sedang mengandung perlu lebih berhati-hati dalam melakukan aktivit senaman serta mengelakkan beberapa jenis sukan yang tertentu.

Si Ibu Perlu Berhati-hati Ketika Bersenam

Walaupun aktiviti bersenam dan bersukan yang dilakukan oleh seorang ibu yang sedang mengandung adalah selamat dan baik untuk kesihatan, akan tetapi ada beberapa aktiviti sukan tertentu yang boleh menyebabkan bahaya kepada si ibu dan kandungannya. Walaupun melibatkan sukan yang tidak berisiko, si ibu juga mungkin perlu melakukan beberapa perubahan terhadap cara perlaksanaan sukan tersebut mengikut situasi semasa. Sekiranya ianya melibatkan sukan berkumpulan, adalah menjadi satu kewajipan buat seluruh ahli kumpulan untuk mengetahui bahawa rakan sepasukannya itu sedang mengandung agar segala insiden yang tidak diingini dapat dielakkan.

Aktiviti Yang Digalakkan

Sekiranya seseorang ibu yang sedang mengandung ingin melakukan aktiviti senaman atau sukan, adalah lebih baik untuk mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang berisiko rendah agar mereka dapat sentiasa mengekalkan keselamatan diri dan keselamatan bayi di dalam kandungannya dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah aktiviti yang tidak melibatkan hubungan atau kontak fizikal yang berlebihan. Si ibu yang mengandung juga perlu melakukan aktiviti yang kurang mempunyai risiko untuk jatuh. Bagi seorang ibu yang megandung, adalah penting untuk mereka melakukan aktiviti yang dapat menyokong berat badan mereka seperti kelas berenang atau latihan akuatik. Namun, dalam melakukan aktiviti seperti ini, si ibu perlu untuk mengelakkan daripada berada di dalam air yang mempunyai suhu panas yang melebihi 32℃ untuk tempoh yang lama kerana ianya akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap kandungannya. Si ibu yang sedang mengandung juga perlu melakukan senaman yang membolehkannya berada dalam posisi lurus berbanding perubahan posisi yang mendadak. Adalah lebih baik sekiranya si ibu yang sedang mengandung dapat melakukan aktiviti yang direka khas untuk wanita mengandung dan dipantau oleh seseorang yang bertauliah dalam hal tersebut.

Aktiviti Yang Perlu Dielakkan

Bagi si ibu yang ingin bersenam atau bersukan semasa mengandung, adalah penting untuk memastikan diri mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa dan melakukan sesi pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti serta sesi penyejukan badan selepas bersukan. Si ibu yang sedang mengandung juga perlu melakukan aktiviti senaman atau sukan yang bersesuaian mengikut kemampuan diri pada ketika itu. Terdapat beberapa aktiviti yang perlu dielakkan untuk dilakukan oleh si ibu yang sedang megandung. Antaranya adalah si ibu yang sedang mengandung perlu untuk mengelakkan daripada melakukan sukan yang memerlukan kerja keras atau sesuatu yang melibatkan keadaan yang panas. Si ibu yang sedang mengandung juga perlu mengelakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan dirinya jatuh atau berisiko untuk jatuh kerana ianya akan membahayakan diri dan kandungannya. Selain itu, si ibu juga perlu mengelakkan aktiviti yang melibatkan banyak lompatan dan aktiviti yang banyak melibatkan perubahan arah pergerakan secara tiba-tiba. Sukan berkaitan menyelam atau ketinggian tinggi juga perlu dielakkan oleh mereka yang sedang mengandung.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Aktiviti Ibu Mengandung?

Walau apa pun aktiviti bersukan atau senaman yang ingin dilakukan, sebaiknya dapatkanlah nasihat dan rundingan daripada doktor atau pakar yang bertauliah terlebih dahulu sebelum memulakannya. Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi mengenai aktiviti yang boleh dilakukan ketika mengandung atau anda mengalami permasalahan ketika melakukan apa-apa aktiviti semasa anda sedang mengandung. Anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak