Saya ada benjolan kecil pada dubur????
Ada calit darah berwarna merah selepas saya buang air besar????
APA ITU BUASIR??
????Ia juga dikenali sebagai hemorrhoid, iaitu pembengkakan disebabkan pembesaran saluran darah yang terdapat di dalam atau di sekeliling bahagian bawah (rektum dan dubur).
????Pembengkakkan saluran daran menyebabkan benjolan keluar dari dinding dalam dubur atau dari kulit sekitarnya. Kang kala ia terkeluar dan tidak boleh ditolak ke dalam semula, atau menjadi lebih besar dan keluar dari dubur. Kemudian anda mungkin dapat melihatnya sebagai benjolan yang berpermukaan licin, lembap dan kelihatan lebih merah jambu dari kawasan sekitarnya. Dan benjolan ini lebih cenderung untuk menyebabkan kesakitan, terutamanya ketika anda membuang air besar.
????Gumpalan darah boleh terbentuk dalam buasir luaran, menjadikannya berwarna ungu atau biru. Ini dipanggil trombosis. Ia boleh sakit, gatal dan juga berdarah. Benjolan yang keluar ini biasanya tidak menyakitkan kecuali apabila aliran darah terganggu.
????Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa mereka mengalami masalah buasir kerana penyakit ini biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom.