Anak Lewat Bercakap, Tiada Kiatan Dengan Faktor Jantina

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Sudah menjadi satu kebiasaan di dalam kalangan masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi dimana kita sering mengaitkan masalah anak yang lewat bercakap ini dengan faktor jantina. Orang ramai sering menyatakan bahawa anak perempuan akan lebih cepat untuk bercakap jika hendak dibandingkan dengan anak lelaki. Namun persoalannya, adakah perkara yang dinyatakan ini adalah benar? Apa yang boleh dikatakan adalah kenyataan ini hanyalah mitos semata-mata. Ini adalah kerana, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang anak itu lewat bercakap.

Faktor Persekitaran Permainan Waktu Kecil

Tidak dapat dinafikan faktor utama yang mempengaruhi tahap pertuturan seseorang kanak-kanak ini adalah faktor persekitarannya. Semasa seseorang kanak-kanak ini sedang bermain, faktor persekitarannya memainkan peranan. Sebagai contohnya seseorang kanak-kanak perempuan yang sering bermain masak-masak atau pondok-pondok. Persekitaran permainannya akan disulam dengan kata-kata seperti sedang memasak, mengemas rumah atau menjaga adik. Hal ini akan menjadi satu proses pembinaan pertuturan dan akan melatih kanak-kanak ini untuk terus berusaha untuk bercakap dan mahir untuk berkata-kata. Berbeza pula dengan persekitaran permainan terhadap kanak-kanak lekaki dimana mereka ini sering diberikan mainan seperti kereta atau robot. Mereka yang bermain dengan kereta ini hanya akan mengeluarkan bunyi seperti ‘vrooom’ dan ‘pin pin’. Hal ini menyebabkan persekitaran permainan mereka hanya melibatkan satu permainan imaginasi dan kurang mengeluarkan kata-kata dan akan menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk bercakap dengan lancar kerana kurang latihan seperti seseorang kanak-kanak perempuan yang bermain masak-masak atau pondok-pondok yang lebih banyak bercakap sewaktu bermain.

Masa Yang Sepatutnya Seseorang Kanak-kanak Bercakap

Seseorang kanak-kanak yang normal kebiasaannya akan mula mengeluarkan perkataan seawal usia 8 bulan ke satu tahun setengah. Sekiranya ibu bapa mendapati anak mereka masih tidak dapat mengeluarkan perkataan setelah berusia satu tahun setengah dan lebih, mereka sudah boleh membawa anak mereka untuk berjumpa dengan terapi pertuturan bahasa. Tujuan utama untuk berjumpa dengan terapi pertuturan bahasa ini adalah untuk mengenal pasti sama ada anak anda mengalami masalah pertuturan atau mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana masalah lambat bercakap ini juga boleh menjadi petanda kepada masalah lain termasuklah masalah pendengaran, autisme dan juga masalah-masalah lain. Lebih cepat masalah ini dapat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak ini akan dapat dibantu.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Kanak-kanak Yang Lewat Bercakap?

Untuk seorang kanak-kanak, selain daripada kesihatan tubuh badan yang baik, tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik, persekitaran hidup yang penuh dengan stimulasi juga adalah sangat perlu untuk diberikan kepada kanak-kanak bagi menggalakkan perkembangan pertuturan yang optimum. Sekiranya anda memerlukan sebarang konsultasi mengenai permasalah yang dihadapi oleh anak anda, anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin Suatu Proses Pemulihan Yang Sangat Penting

Tip Kesihatan

Anak Lewat Bercakap, Tiada Kiatan Dengan Faktor Jantina

Tip Kesihatan

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan