Apa itu Fibroadenoma?

Kongsikan

SAYANGI DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG WANITA, SEGERALAH BERJUMPA DOKTOR!

KHAS Pemeriksaan payudara dapat membantu anda untuk membiasakan diri merasa tisu payudara yang normal. Anda akan mengesan sebarang ketulan pada payudara di peringkat awal lagi. Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payudara adalah kanser, 1 dalam 15 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara dalam jangka hayat mereka. Kebanyakan kanser payudara dijumpai (sebagai ketulan).

APA ITU FIBROADENOMA??

????Merupakan ketulan licin yang abnormal pada payudara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dirujuk sebagai ‘tetikus payudara’. Fibroadenoma adalah tumor yang tidak merbahaya dan paling biasa di kalangan wanita di bawah umur 30 tahun. Ketulan fibroadenoma biasanya ditemui hanya satu ketulan, walau bagaimanapun 10 – 15% wanita boleh mempunyai beberapa ketulan dan boleh melibatkan kedua-dua payudara.

APAKAH TANDANYA??

????Terasa kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak.
????Tidak melekat pada tisu di sekeliling dan boleh bergerak apabila di periksa dengan jari.
????Berkemungkinan terasa sakit, terutama sebelum waktu kedatangan haid.
????Boleh membengkak akibat daripada perubahan hormon.

JADI MASIH MALU UNTUK PERIKSA❓
MASIH MEMANDANG RINGAN LAGI❓

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak