Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling banyak berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka. Jatuh ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Dalam rumah juga boleh berlaku kemalangan ini. Contohnya jatuh dari perabot, tangga, beranda […]

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Masalah mabuk semasa mengandung adalah satu masalah yang sangat biasa berlaku dalam kalangan ibu yang sedang mengandung. Kajian mendapati sekitar 70 ke 80 peratus ibu yang sedang mengandung mengalami masalah mabuk ini. Namun, secara umumnya, masalah ini adalah satu masalah yang ringan dan tidaklah terlalu melarat. Kebanyakan wanita tidak memerlukan bantuan perubatan untuk menangani masalah […]

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak

Dalam kesibukan dunia pada masa kini, kebanyakan ibu masing-masing mempunyai kerjayanya yang tersendiri sehingga membuatkan mereka terlalu sibuk untuk meluangkan masa sepenuhnya kepada anak mereka. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak yang sedikit kurang baik terhadap mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir. Ini adalah kerana, penyusuan ibu ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan […]

Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin Suatu Proses Pemulihan Yang Sangat Penting

Setiap ibu yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha untuk menjaga kesihatan diri mereka dengan mematuhi amalan-amalan semasa dalam pantang mengikut budaya dan adat masing-masing. Walaupun terdapat pelbagai cara dan budaya dalam pengamalan proses berpantang bagi ibu yang baru lepas bersalin tersebut, namun tujuannya hanyalah satu iaitu adalah untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlakunya kerosakan terhadap […]

Anak Lewat Bercakap, Tiada Kiatan Dengan Faktor Jantina

Sudah menjadi satu kebiasaan di dalam kalangan masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi dimana kita sering mengaitkan masalah anak yang lewat bercakap ini dengan faktor jantina. Orang ramai sering menyatakan bahawa anak perempuan akan lebih cepat untuk bercakap jika hendak dibandingkan dengan anak lelaki. Namun persoalannya, adakah perkara yang dinyatakan ini adalah benar? Apa yang […]

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan

Secara umumnya, seseorang kanak-kanak itu akan sudah mampu untuk berjalan pada usia sekitar satu tahun. Mengikut kajian, 85% kanak-kanak akan mula berjalan tanpa memerlukan bimbingan dan alat sokongan pada sekitar usia 10 hingga ke 14 bulan. Sekiranya anda mendapati bahawa anak anda masih belum mampu untuk berjalan semasa umurnya sudah mencecah 18 bulan dan keatas, […]

Vitamin untuk Ibu Mengandung, Keperluan dan Kebaikan.

Kebiasaannya kita sering mendengar mengenai pengambilan vitamin dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai jenis vitamin yang dijual dipasaran dan mempunyai pelbagai perisa dan warna untuk menarik minat kanak-kanak. Namun yang menjadi persoalannya adalah, adakah ibu yang sedang mengandung juga perlu untuk mengambil vitamin? Jawapannya adalah ‘Ya!’. Ibu yang sedang mengandung perlu untuk mengambil vitamin. Ini adalah kerana […]

Scan Bayi Perempuan, Keluar Bayi Lelaki? Waktu yang paling sensual untuk membuat pengesahan

Sudah menjadi satu keperluan bagi seseorang ibu yang sedang mengandung untuk membuat imbasan ultrasound untuk melihat keadaan kesihatan dan tumbesaran bayi yang sedang dikandung olehnya. Peluang ini juga turut digunakan oleh pasangan bakal ibu dan bapa ini untuk mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan oleh si ibu tersebut. Kebiasaannya, pasangan ibu dan bapa ini akan […]

Kepentingan Herd Immunity Sebab Anda Perlu Memberikan Anak Anda Vaksinasi

Herd immunity ini adalah secara berkelompok atau kita akan lebih mengenalinya sebagai imuniti berkelompok. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu divaksinasi, kita akan anggap seseorang itu telah memiliki imuniti untuk dirinya sendiri. Manakala herd immunity pula adalah apabila sesuatu kelompok komuniti itu telah mendapatkan vaksin yang sama. Sebagai contohnya, di sesebuah kawasan terdapat 100 orang penduduk. […]

Kepentingan Pemeriksaan Papsmear untuk mengesan Kanser Serviks

Ujian pemeriksaan papsmear ini merupakan satu jenis pemeriksaan yang dilakukan secara rutin bagi seseorang wanita yang telah melakukan hubungan seksual sama ada pernah bersalin, sedang mengandung ataupun yang masih belum mengandung. Sekiranya anda telah membuat hubungan seksual bersama pasangan, anda adalah digalakkan untuk membuat ujian pemeriksaan papsmear ini. Ujian pemeriksaan papsmear ini merupakan satu ujian […]

Aktiviti Ibu Mengandung – Jenis latihan yang bersesuaian

Seringkali kita mendengar bahawa seseorang ibu yang sedang mengandung akan dapat mempersiapkan dirinya dengan lebih baik melalui cara bersenam dan bersukan. Sekiranya seseorang ibu itu sihat dan mempunyai proses kehamilan yang lancar, semestinya dengan melakukan aktiviti bersukan ini akan dapat membantu si ibu untuk kekal cergas dan kuat. Selain daripada dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh […]

Pemakanan Ibu Mengandung – Apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai

Penjagaan pengambilan makanan bukan sahaja penting dalam mengekalkan tubuh badan yang ideal. Namun ianya juga adalah satu faktor yang penting dalam menjamin dan mengekalkan kesihatan tubuh badan yang lebih baik untuk setiap orang. Namun begitu, bagaimana pula dengan ibu yang sedang mengandung? Adakah pemakanan yang diambil oleh ibu yang mengandung ini akan memberi kesan kepada […]

Bila waktu yang sesuai untuk buat pregnancy test?

Setiap wanita yang sudah berkahwin, pasti akan berasa sangat teruja dan gembira untuk mendapat anak. Salah satu cara awal untuk mengenal pasti yang dirinya sedang mengandung adalah apabila menyedari yang dirinya sudah lama tidak datang bulan atau period dan membuat ujian pregnancy test atau kita juga panggil sebagai UPT Test. Apabila seseorang wanita yang sudah […]

Kandungan Di Luar Rahim, Kepentingan Check di Awal Kandungan

Setiap wanita yang sudah berkahwin, apabila mendapati dirinya sudah lama tidak datang bulan atau period perlu membuat ujian air kencing atau ujian kehamilan untuk memastikan bahawa dirinya sedang mengandung atau tidak. Ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk seseorang itu mengetahui bahawa dia sedang mengandung atau tidak kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diambil […]

Buka Buku Pink (Antenatal), Kad Pengenalan Ibu Mengandung

Setiap ibu yang mengandung pasti akan sangat biasa dikaitkan dengan buku pink ini atau bahasa lainnya dipanggil sebagai antenatal book. Ada juga yang memanggilnya sebagai buku ibu mengandung dan ada juga yang menyebutnya sebagai buku rawatan ibu. Tidak kira lah apa jua namanya, buku ini mempunyai tujuan yang satu iaitu sebagai kad pengenalan atau passport […]

Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)

PIKAS merupakan salah satu usaha kerajaan dibawah penyeliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melengkapkan proses pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia. PIKAS ini diwujudkan adalah untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin dalam kalangan pekerja industri untuk mengurangkan kluster Covid-19 di tempat kerja dan seterusnya membantu mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Selain daripada […]

Tumpah darah sewaktu mengandung?

Sudah menjadi satu perkara yang sangat dibimbangkan oleh setiap ibu yang mengandung adalah apabila berlakunya tumpah darah. Sejak daripada dahulu lagi kita sering ditakutkan dengan kes tumpah darah dalam kalangan ibu mengandung dan ianya sering dikaitkan dengan kes keguguran kandungan. Sebenarnya, kejadian tumpah darah ini boleh berlaku di atas beberapa faktor lain dan ianya bukanlah […]

Baby banyak tidur. Perlukan saya bangunkan dia?

Kita sebagai ibu, pasti akan merasa risau apabila melihat bayi tidur sepanjang hari dan tidak aktif. Apa yang lebih meresahkan adalah apabila bayi sering berjaga malam dan tidak mahu tidur diwaktu malam. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan bayi, malah turut memberi kesan kepada ibu yang terpaksa berjaga malam untuk menemani bayi yang […]

Geng ayah!

Biasalah asam garam dalam berumah tangga. Kadang tu biasalah gaduh gaduh manja pengikat kasih yang sedang terbina. Yang si ibunya teringin nak Baby Girl sebab nak suruh tolong dia masak kat dapur. Yang si ayahnya pulak bersungguh nak Baby Boy sebab nak suruh tolong dia baiki paip kat  belakang rumah. Nah! doa si ayah makbul […]

Projek memandaikan mandai

Wahai bakal bakal ibu sekalian! Sila angkat tangan jika anda sudah terkena BUATAN ORANG! Ye! BUATAN ORANG maksud kami. Haha Alamak! Serius beno awak yang baca ayat kat atas ni. Yela BUATAN ORANGLAH sebab awak tu tengah berbadan duakan. Suami tercinta awak tu kan ORANG kan.hehe Jadi! Dengar sini kami nak kongsi projek nak memandaikan […]

Ultrasound vs Ultraman?

Tipulah awak yang tengah baca posting kami ni tak tahu apa itu ULTRAMAN? Semua orang kenalah ULTRAMAN tu siapa. Dia kalau ada masalah kat bumi mesti dia turun nak selesaikan masalah penduduk bumi. Tapi apa pulak kena mengena dengan ULTRASOUND ni? Eh! ULTRASOUND pun kerja dia selesaikan masalah penduduk bumi jugak. Kalau tak percaya jom […]

Klinik siti di stesen tv!

Jom Geng Klinik Siti Lovers! Moh sama sama kita throwback sesi program bual bicara berjudul Assalamualaikum di Tv Alhijrah pada tanggal 18 april 2021 yang lepas! Tajuk yang dikupas Perang Hawa Nafsu? Ada yang macam tercengang je bila dengar? Ha! tu yang kena pakat tonton slot bukan kaleng kaleng ni. Jom pakat pakat share baru […]

Keluarga besar? Keluarga kecil?

BIAR TUHAN YANG MENENTUKAN Ada orang suka bila KELUARGA dia lebih besar dari rumah dia. Ada orang pula suka bila KELUARGA dia lebih kecil dari pintu rumah dia. Ada pula orang yang suka sebelum je dia nak kahwin dia akan merancang sehabis baik. Eh! Macam buat buat tak paham pula awak kan. Bukan apa maksudnya […]

Susu badan punca tak hamil?

SUSU BADAN PUNCA TAK HAMIL? Ada dengar Cik Bedah membawang semalam dekat sebelah rumah tu. Apa yang dia dok bawang kan tu? Ada ke patut dia cakap susu badan penuh ni boleh buat seseorang wanita tu tak boleh hamil lagi. Eh! Cik bedah tu bekas Doktor dekat hospital gomen ke? Rasanya tak sebab dia dari […]

Tenggelamnya aset wanita?

Bila bercerita tentang Aset je mesti korang fikir hartakan? biasa orang bangsawan je yang guna term term macam tu. Tapi bukan Aset itu yang kami nak habak kat korang. Aset yang ini lagi sulit dari Aset Aset biasa. Sebab hanya dalam video kat bawah je boleh bagi korang clear. Tajuk ni macam kena mengena dengan […]

Baby awak pun puasa?

Kalau dah nama pun Baby mestilah makanan dia tu susu si ibu. Orang kata bulan puasa ni bukannya membuatkan kita ni semakin rajin Tapi buatkan kita ni rasa nak rehat je kadang tu malas nak buat semua benda. Eh! Mana boleh! Kalau awak tu bujang lagi mungkinlah. Tu nampak macam tengah gendong Baby je kat […]

Duduk bukan sembarang duduk

Eh awak ni asyik nak duduk je ke? Tak boleh ke bangun kejab tolong amik barang kat sana tu? Saya taulah awak memang kerja menghadap komputer je Tapi apalah salah bangun kejab kejab tolong saya sikit. Tak takut ke kalau asyik duduk lama lama tu boleh ada side effect kat kesihatan awak?

Nafsu tanpa diundang

Seram tak bila kita dengar maut datang tanpa diundang? Confirm dia punya seram sampai naik semua bulu roma kita. Tapi betulah orang cakap manusia ni insafnya sesaat dua je. Bila tengah gembira mana nak ingat semua tu. Samalah kes dengan nafsu yang datang bila tiba hari raya. Semua benda nak lahab sampai ada yang lupa […]

Darah dah tumpah

DARAH DAH TUMPAH. Ramai wanita merancang untuk bersalin secara normal, namun disebabkan pelbagai komplikasi menyebabkan keinginan mereka tidak dapat diteruskan. sama seperti wanita lain yang merancang untuk bersalin secara normal. Lebih penting lagi bila kita rajin mencari ilmu ilmu tentang faktor faktor komplikasi ini berlaku  dengan berjumpa pakar pakar kesihatan yang bertauliah.

Kuih pun SOP

KUIH PUN SOP? Eh! saya ingat SOP ni untuk elakkan kita dari terkena virus yang masih berada dalam negara kita ni je. Oh Rupanya SOP ini ada dimana manalah jugaklah. Baru saya teringat dekat syarikat saya kerja pun ada SOP. Aik! Apa semua ni! Tak akan nak makan kuih raya pun kena ada SOP? Eh! […]

Program pemberian vaksin Astrazeneca

JASAMU JASAKU JUA. Sungguh tidak ternilai jasamu wahai semua barisan hadapan dunia. Tidak pernah mengenal erti suka mahupun duka dalam meniti tiap cabaran yang mendatang. Kerana jasamu itu yang tidak pernah dapat dihitung Akanku titipkan jasamu menjadi jasaku jua kepada dunia ini.

Panduan vaksinasi untuk wanita mengandung dan ibu menyusu

GOLONGAN INI BOLEH KE? Dalam kita sedang mengejar 80% capaian imuniti berkelompok. Pernah tak kita terfikir bahwa ada beberapa golongan yang berisiko di dalam sesebuah komuniti kita? Seperti mana yang tertera dibawah ini. Dua golongan ini boleh ke sama sama melakukan vaksinasi untuk mencapai imuniti berkelompok?

Tanda-tada kemurungan postnatal

KURUNG DIRI? Bila sebut je tentang kurung mengurung ni mesti kita dah sinonim dengan keadaan yang sedang melanda negara kita sekarang. Tapi bukan negara kita jelah yang mengalami keadaan kurung mengurung ni Negara lain pun alami jugak perkara yang sama. Tetapi yang membuatkan kita jarang dengar sekali apabila kemurungan itu membuatkan anda kurung diri sendiri […]

Pemeriksaan Kesihatan Pekerjaan (OHD)

TAK BOLEH MASUK KERJA? Jangan buat main main dengan Pemeriksaan Kesihatan korang tu ya. Yela elok elok dah dapat surat tawaran kerja bagus dengan gaji pun besarTiba tiba tak boleh masuk kerja lagi? Eh sebab apa pulak kan?Ha! inilah asbab asbab dia pentingnya Pemeriksaan Kesihatan Pekerjaan ni. Manalah tahu korang tu kerja dalam bidang yang […]

Sandwich Atas Perut

Kejab! Jangan cuba nak scroll ke atas bila ternampak tajuk ni. Nanti dulu! Dengar dulu apa kami nak bagitau ni. Pernah dengar tak SANDWICH atas perut? Biasa sandwich atas meja lepas tu korang terus santak kan? Tunggu dulu! SANDWICH ni lain sikit. Dia memang ada dekat atas perut tapi untuk wanita jelah Tak percaya ada […]

Serat ke Sirat?

Oh mentang mentanglah layan drama tak sempurna mencintaimu baru baru ni. Bukan main lagi nak tukar SERAT kita jadi sirat dia ya? Cerita sirat tu dah habis dah hari tu dengan si taqim. Kesian jugak tak pernah nampak hero tewas di hujung cerita. Hurm tapi bukan itu yang kita nak borak dan bagi tips kat […]