Baby banyak tidur. Perlukan saya bangunkan dia?

Kongsikan

Kita sebagai ibu, pasti akan merasa risau apabila melihat bayi tidur sepanjang hari dan tidak aktif. Apa yang lebih meresahkan adalah apabila bayi sering berjaga malam dan tidak mahu tidur diwaktu malam. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan bayi, malah turut memberi kesan kepada ibu yang terpaksa berjaga malam untuk menemani bayi yang tidak mahu tidur ini dan akan membuatkan si ibu tidak mendapat tidur yang mencukupi dan akan membuatkan ibu keletihan dan tidak bermaya pada keesokan harinya.

Tabiat Bayi Sejak Dalam Kandungan
Sewaktu dalam kandungan, setiap bayi juga mempunyai aktivitinya yang tersendiri. Dalam hal ini, selalunya ibu mengandung akan dapat merasakan yang bayi di dalam kandungannya akan mula aktif dan bergerak pada waktu malam. Pada waktu siang pula, bayi dalam kandungan ini lebih banyak berdiam daripada bergerak. Oleh yang demikian, maka tidak hairan lah sekiranya bayi yang baru lahir ini akan banyak tidur pada waktu siang dan aktif pada waktu malam kerana inilah tabiat bayi yang dibawa sejak daripada dalam kandungan lagi.
Apa Perlu Ibu Lakukan?
Untuk seorang bayi yang baru lahir, adalah digalakkan untuk bayi tersebut tidur lebih kurang 10 ke 12 jam sehari. Tetapi untuk yang ada kekuningan pada bayi, adalah digalakkan untuk kejutkan bayi setiap dua jam untuk memberi susu. Oleh itu, pada waktu siang si ibu adalah di galakkan untuk tidak menidurkan bayi dengan cara bangunkan bayi dan susukan bayi, bangunkan bayi susukan bayi kerana kita ingin menurunkan Jaundice dalam badan bayi yang kekuningan ini. Ini juga merupakan salah satu cara secara psikologi untuk si ibu ajar bayi ini agar tidak tidur pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. Untuk bayi normal, si ibu boleh kejutkan bayi pada waktu siang untuk bermain dengan dia atau memberinya makan untuk mengusun atur semula waktu tidurnya atau dipanggil Circadian Cycle supaya bayi ini tidur pada waktu malam.
Waktu Sesuai Untuk Bayi Tidur
Kebiasaannya, ibu boleh mula tidurkan bayi pada jam 8 ke 9 malam supaya bayi mendapat tidur yang secukupnya. Dengan mendapat tidur yang secukupnya sekitar 10 ke 12 jam pada waktu malam, seseorang bayi akan menjadi lebih cergas dan cerdas pada keesokan paginya.
Ibu Bapa Perlu Berkorban
Seperti yang banyak kita lihat pada masa kini, ibu bapa sering membawa bayi mereka keluar berjalan-jalan pada waktu malam dengan membawa bayi ke pusat membeli-belah atau ke restoran untuk makan malam. Ini merupakan satu aktiviti yang tidak sihat untuk bayi kerana waktu malam adalah waktu untuk bayi tidur. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berkorban sedikit untuk tidak membawa bayi ini keluar pada waktu malam dengan menidurkannya. Apabila perkara ini sudah dibiasakan, bayi ini akan dapat mempraktikkan Circadian Cycle yang betul sehingga meningkat remaja dan dewasa. Hal ini bukan sahaja dapat memperbetulkan Circadian Cycle untuk anak malah dapat memperbetulkan Circadian Cycle untuk ibu bapa juga.
Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Bayi?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain mengenai bayi. Sama ada bayi anda sihat atau tidak. Bayi anda tiba-tiba kencing keluar darah ini normal atau tidak, berak macam ini normal atau tidak, tak tahu nak jumpa siapa? Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan anda dimana Klinik Siti kini sudah mempunyai 30 cawangan di sekitar Selangor dan dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.
Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak