• Utama
  • Tip Kesihatan
  • Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin Suatu Proses Pemulihan Yang Sangat Penting

Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin Suatu Proses Pemulihan Yang Sangat Penting

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Setiap ibu yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha untuk menjaga kesihatan diri mereka dengan mematuhi amalan-amalan semasa dalam pantang mengikut budaya dan adat masing-masing. Walaupun terdapat pelbagai cara dan budaya dalam pengamalan proses berpantang bagi ibu yang baru lepas bersalin tersebut, namun tujuannya hanyalah satu iaitu adalah untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlakunya kerosakan terhadap tubuh si ibu tersebut ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu dijaga dan dicegah supaya tubuh badan mereka dapat kembali sihat seperti keadaan asalnya. Proses pemulihan sewaktu berpantang ini juga termasuklah pemulihan akibat kehilangan darah semasa bersalin, pengecutan rahim, keseimbangan hormon, ketegangan urat saraf semasa proses bersalin dan kehilangan tenaga semasa proses bersalin. Tempoh berpantang ini dianggap sebagai satu tempoh masa bagi si ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.

Penjagaan Pemakanan Yang Baik dan Seimbang

Penjagaan pemakanan yang baik dan seimbang merupakan salah satu kunci utama dalam usaha untuk membolehkan seseorang ibu yang baru lepas bersalin ini untuk terus kekal sihat dan kembali bertenaga. Selain itu, mendapatkan rehat yang cukup juga merupakan satu perkara yag sangat penting di dalam proses pemulihan ini. Pantang-larang mengenai pemakanan selepas bersalin ini merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dimana mereka sering mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudaratan kepada ibu yang baru lepas bersalin ini dan mereka harus mengelak sesuatu makanan itu dalam satu tempoh yang dipanggil sebagai tempoh berpantang. Boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang seperti ini. Namun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik menyatakan bahaya masih tiada bukti yang boleh mengatakan bahawa makanan-makanan yang diberikan kepada ibu yang baru lepas bersalin ini akan memberikan kemudaratan dan perlu dielakkan. Oleh itu, ianya adalah bergantung kepada kepercayaan si ibu itu sendiri sama ada ingin mengamalkan pantang-larang ini atau tidak. Walau bagaimanapun, kunci utama untuk seseorang ibu yang baru lepas bersalin ini untuk kekal sihat adalah dengan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat.

Diet Khusus Semasa Berpantang

Secara amnya, tiada diet atau pemakananan yang khusus semasa ibu berpantang. Kebiasaannya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat si ibu yang baru bersalin tersebut. Tiada halangan sekiranya si ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan mengikut adat dan budaya masyarakat masing-masing tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat. Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Sebagai contoh, ada jenis ikan tertentu yang dianggap boleh menyebabkan kegatalan dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain untuk memastikan sumber proteinnya dapat diperoleh. Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah-buahan.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin?

Ibu yang sedang dalam pantang dinasihatkan agar tidak mengamalkan pantang-larang pemakanan yang keterlaluan sehingga mengehadkan jumlah pengambilan makanan dan air atau tidak mengambil sumber makanan daripada kumpulan makanan yang tertentu. Prinsip pemakanan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam tempoh brpantang. Sekiranya anda memerlukan sebarang konsultasi mengenai proses atau apa-apa permasalahan yang berlaku semasa proses berpantang, anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak