Buka Buku Pink (Antenatal), Kad Pengenalan Ibu Mengandung

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Setiap ibu yang mengandung pasti akan sangat biasa dikaitkan dengan buku pink ini atau bahasa lainnya dipanggil sebagai antenatal book. Ada juga yang memanggilnya sebagai buku ibu mengandung dan ada juga yang menyebutnya sebagai buku rawatan ibu. Tidak kira lah apa jua namanya, buku ini mempunyai tujuan yang satu iaitu sebagai kad pengenalan atau passport buat ibu yang sedang mengandung dimana seseorang ibu yang mengandung boleh membawa buku pink ini kemana-mana sahaja mereka pergi. Sekiranya apa-apa hal yang tidak diingini berlaku, rawatan segera boleh diambil dengan merujuk daripada sejarah kandungan dan apa masalah kandungan yang terdapat didalam buku pink tersebut.

Mengapa Perlu Buku Pink Ini?

Semua orang perlu faham dimana apabila seseorang ibu mengandung apabila dia telah mengandung ataupun dia sedang mengandung, fisiologi badannya adalah tidak sama sewaktu dia sebelum mengandung. Oleh disebabkan itu, sebuah buku khas perlu disediakan bagi merekod status kesihatan ibu dan kandungannya. Antara perkara penting yang direkod di dalam buku pink ini adalah jenis kumpulan darah si ibu, apakah si ibu mempunyai HIV dan apakah statusnya, bagaimana status sifilisnya dan yang paling penting adalah macam mana status darah merahnya.

Kandungan Penting Buku Pink

Setiap kali apabila sesorang ibu membuat pemeriksaan, doktor akan lihat status darah merah si ibu dan direkodkan di dalam buku pink. Darah merah ini merupakan satu hal yang amat penting untuk doktor lihat bagi memastikan kesihatan ibu dan kandungannya. Selain daripada itu, di dalam buku pink juga kita boleh lihat ujian air gula si ibu. Di dalam buku ini juga kita boleh lihat sama ada si ibu sudah mendapat suntikan Tetanus atau belum.

Rekod Tahap Kesihatan Bayi

Di dalam buku pink ini juga, kita akan dapat lihat tahap kesihatan bayi yang berada di dalam kandungan. Apabila seseorang ibu membuat ultrasound untuk bayi, keputusannya akan dikepilkan bersama buku pink ini. Dengan cara ini, kita akan dapat melihat perkembangan bayi ini sebagai contohnya seseorang ibu membuat ultrasound dan mendapati berat bayi pada ketika itu adalah 200 gram dan apabila si ibu membuat ultrasound pada bulan seterusnya berat bayi sudah naik kepada 600 gram. Maknanya bayi tersebut berada dalam keadaan perkembangan yang baik. Namun sekiranya si ibu membuat ultrasound dan mendapati berat bayi hanya bertambah kepada 250 gram sahaja pada bulan seterusnya, maknanya si ibu mempunyai masalah kandungan dan si ibu boleh mendapatkan rawatan segera.

Pentingnya Buku Pink

Secara kesimpulannya, seseorang ibu mengandung sangat memerlukan sebuah buku khas untuk merekod segala perkembangan dan permasalahan yang berlaku sewaktu mengandung. Klinik Siti juga mempunyai satu buku mengandung khas yang sangat cantik dengan design di muka hadapnnya yang sangat comel dan berwarna pink lembut. Buku ini juga anda boleh bawa kemana-mana sahaja yang anda pergi dimana apabila berlaku sesuatu seperti pendarahan, doktor boleh lihat buku ini dan tahu sejarah kandungan anda. Buku ini juga boleh digunakan sebagai buku mengandung untuk klinik kesihatan awam ibu mengandung. Apa yang menariknya di Klinik Siti, anda tidak perlu untuk membuat temujanji bagi membuka buku pink ini. Anda boleh terus walk-in ke mana-mana cawangan yang berhampiran dengan kediaman anda dan doktor akan membantu anda untuk membuat pemeriksaan dan membuka buku pink untuk anda.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Buku Pink (Antenatal)?

Jadi bagaimana sekiranya anda terlalu sibuk bekerja, tak sempat untuk ke klinik kesihatan untuk membuka buku pink kerana kekangan masa. Klinik kesihatan awam pula sudah tutup pada jam 5 petang. Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan anda dimana Klinik Siti kini sudah mempunyai 30 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak