Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Dalam kesibukan dunia pada masa kini, kebanyakan ibu masing-masing mempunyai kerjayanya yang tersendiri sehingga membuatkan mereka terlalu sibuk untuk meluangkan masa sepenuhnya kepada anak mereka. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak yang sedikit kurang baik terhadap mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir. Ini adalah kerana, penyusuan ibu ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan jenis penyusuan yang lain seperti menggunakan susu formula. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, si ibu digalakkan untuk memberikan susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya ini bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu. Terdapat banyak kebaikan memberikan susu ibu ini antaranya adalah ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang lebih kerana bekalan susu sentiasa ada dan ianya juga adalah baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Kebaikan Susu Ibu Terhadap Bayi

Sudah semestinya tujuan utama kita memberikan susu ibu ini adalah untuk memberikan kebaikan kepada bayi itu sendiri. Ini adalah kerana, susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi dan ianya mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya akan sentiasa berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Oleh itu, si ibu sudah tidak perlu risau lagi sekiranya bayi mereka tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Susu ibu, terutamanya kolostrum, dapat menguatkan sistem imuniti bayi yang mengambil susu ibu ini. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Susu ibu juga mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Selain daripada itu, susu ibu turut mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak bayi tersebut dan membantu dalam meningkatkan tahap kecerdikannya. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan disamping ia tidak mudah tercemar jika hendak dibandingkan dengan cara penyusuan yang lain. Pemberian susu ibu ini juga turut memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi sekaligus memberikan peluang kepada si ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan Memberi Susu Ibu Kepada Ibu Itu Sendiri

Selain daripada memberikan manfaat dan kebaikan terhadap bayi yang menyusu, pemberian susu ibu ini juga turut memberikan kebaikan terhadap ibu yang sedang memberi susu itu sendiri. Hal ini adalah kerana, dengan pemberian susu ibu ianya akan membantu dalam proses mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Semasa seseorang ibu memberikan susu kepada anaknya, ia akan dapat membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal si ibu dengan lebih cepat. Selain daripada itu, pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari terhadap ibu tersebut. Mungkin ada juga yang tidak tahu bahawa dengan pemberian susu ibu ini secara sepenuhnya, si ibu akan dapat mengawal untuk menjarakkan kelahiran. Oleh itu, si ibu akan dapat merancang keluarganya dengan lebih baik.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Pemberian Susu Ibu?

Sesungguhnya pemberian susu ibu kepada bayi ini merupakan satu perkara yang sangat penting dan sangat perlu diambil serius untuk kebaikan bayi dan ibu itu sendiri. Dalam usaha untuk memberikan yang terbaik, si ibu perlulah mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya agak kebaikan yang dapat diberikan kepada bayi tersebut akan dapat dicapai pada tahap yang optimum. Sekiranya anda memerlukan sebarang konsultasi mengenai apa-apa yang berkaitan dengan proses pemberian susu ibu, anda boleh menghubungi talian hotline Klinik Siti untuk menempah slot temujanji anda bersama pakar laktasi kami. Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak