Kepentingan Herd Immunity Sebab Anda Perlu Memberikan Anak Anda Vaksinasi

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Herd immunity ini adalah secara berkelompok atau kita akan lebih mengenalinya sebagai imuniti berkelompok. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu divaksinasi, kita akan anggap seseorang itu telah memiliki imuniti untuk dirinya sendiri. Manakala herd immunity pula adalah apabila sesuatu kelompok komuniti itu telah mendapatkan vaksin yang sama. Sebagai contohnya, di sesebuah kawasan terdapat 100 orang penduduk. 85 ke 95 orang daripada penduduk kawasan tersebut telah mendapatkan vaksin untuk diri sendiri. Hal ini lah yang kita panggil sebagai herd immunity ataupun imuniti berkelompok. Dengan imuniti berkelompok ini, penduduk di kawasan tersebut akan dapat mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti oleh wabak virus yang merbahaya sekaligus dapat menjadi penghalang kepada penularan wabak tersebut di dalam komuniti.

Cara Herd Immunity Bertindak

Di dalam sesebuah kelompok masyarakat, antara golongan yang mudah untuk menerima jangkitan sesuatu penyakit adalah bayi yang masih belum divaksin yang berumur 2 bulan ke bawah, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang masih belum divaksinkan diri mereka booster dan orang yang menghidap kanser kerana ada sesetengah penyakit tertentu yang tidak boleh diberikan vaksin kepada mereka. Namun, di dalam kelompok masyarakat kita juga ada segolongan manusia yang telah divaksin. Oleh yang demikian, apabila terdapat sesuatu penyakit berjangkit atau kita panggil sebagai measles ini secara tiba-tiba menular di dalam kelompok masyarakat ini, seseorang itu boleh menjangkiti orang lain iaitu orang yang tidak dapat vaksin terutamanya adalah tiga golongan yang disebutkan diatas. Maka disinilah keperluannya orang yang telah divaksin ini kerana apabila seseorang yang dijangkiti oleh penyakit tadi menghampiri orang yang telah divaksin, penyakit ini tidak boleh dibawa kepada golongan yang mudah untuk terkena jangkitan tersebut. Ini bermakna, orang yang telah divaksin ini telah menjadi penghalang kepada penyakit ini daripada terus merebak di dalam kelompok masyarakat tersebut.

Keberkesanan Herd Immunity

Kita memerlukan sekurang-kurangnya 85% daripada populasi masyarakat kita untuk divaksinasi. Ini adalah kerana, apabila anda sudah divaksinasi, anda bukan sahaja dapat melindungi diri anda sendiri, malah anda juga dapat melindungi kelompok masyarakat anda daripada dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Untuk mendapatkan imuniti yang lebih kuat di dalam sesuatu masyarakat, populasi ini perlulah mencapai 85% hingga ke 95% kelompok populasi yang menerima vaksin. Sekiranya kelompok yang menerima vaksin ini turun sehingga ke 50% ke bawah, ini akan mengakibatkan jangkitan ini akan dapat menular dengan lebih banyak sehingga boleh menyebabkan separuh daripada populasinya boleh terkena wabak penyakit tersebut dan apa yang lebih merisaukan adalah jika terkena wabak penyakit yang boleh membawa kematian. Penyakit yang boleh membawa maut ini akan boleh membawa kepada kematian separuh daripada populasi tersebut. Oleh yang demikian, herd immunity ini merupakan satu langkah yang sangat berkesan bagi mengelakkan hal tersebut daripada berlaku.

Kepentingan Untuk Mengambil Vaksin

Oleh itu, sekiranya telah ada vaksin yang diwujudkan di dalam dunia ini, adalah menjadi tanggungjawab kepada diri kita yang masih sihat ini untuk mengambil vaksin kepada diri sendiri dan juga diberikan kepada anak-anak kita. Ini adalah kerana vaksin yang kita ambil ini bukan hanya untuk mempertahankan diri sendiri daripada wabak penyakit, tetapi ianya juga adalah untuk melindungi secara berkelompok supaya jika ada wabak atau jangkitan penyakit ini di dalam masyarakat kita, ianya tidak akan menular dan kita boleh hentikan penularannya kerana kita telah divaksinasi.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Pemberian Vaksin Kepada Anak Anda?

Kita ingin menjaga herd immunity dan doktor ingin semua orang divaksinasi. Sekiranya anda menghadapi kekangan akibat masa untuk pergi ke klinik kesihatan adalah terhad. Macam mana nak vaksin anak kerana klinik kesihatan hanya buka sehingga jam 5 petang. Mungkin anda tidak sempat untuk datang kerana kekangan waktu kerja. Anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin Suatu Proses Pemulihan Yang Sangat Penting

Tip Kesihatan

Anak Lewat Bercakap, Tiada Kiatan Dengan Faktor Jantina

Tip Kesihatan

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan