“Kenapa makin banyak kutu dan telur kutu kat rambut awak ni Nisa? Minggu lepas baru je mama buang, minggu ni makin banyak pulak. Kan mama dah pesan, basuh rambut tu selalu. Sudahlah rambut panjang, nak potong pendek degil. Kan dah banyak kutu melekat. Macamana nak hilangkan kutu rambut ni?????”
???? Kutu rambut atau kutu kepala adalah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.
????Jika anak anda ada kutu rambut, ia akan kelihatan seperti bintik-bintik gelap di rambutnya. Di bawah mikroskop, ia serangga kecil tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm, lebih kurang saiz kepala jarum peniti. Kutu dewasa berukuran sekitar 3mm, kecil sedikit daripada saiz kepala mancis.
BAGAIMANA BOLEH DIJANGKITI❓
Ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain. Kutu kepala tidak memilih jenis rambut. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis rambut, sama ada panjang atau pendek.
Kutu rambut mati jika berpisah sehari atau dua dari kulit kepala, jadi kebarangkalian adalah rendah ia boleh merebak apabila anda berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi orang yang dijangkiti. Anda tidak perlu membasuh dan mensterilkan barang anak anda☝????
So, Pada Ibu Ibu segera bawa puteri kesayangan anda untuk terus berjumpa Dr bagi mencegah masalah KUTU RAMBUT.