• Utama
  • Tip Kesihatan
  • Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Kongsikan

Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling banyak berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka. Jatuh ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Dalam rumah juga boleh berlaku kemalangan ini. Contohnya jatuh dari perabot, tangga, beranda dan ‘baby walker’. Di kawasan luar rumah kebiasaannya yang menjadi kerisauan dikalangan ibu bapa adalah seperi jatuh di padang permainan ataupun jatuh semasa menggunakan alat-alat permainan ketika bermain.

Kecederaan Yang Boleh Berlaku Akibat Jatuh

Akibat daripada jatuh, kanak-kanak berisiko untuk mengalami pelbagai jenis kecederaan mengikut situasi dan bagaimana cara kanak-kanak tersebut jatuh. Antara kecederaan biasa yang boleh berlaku adalah seperti cedera ringan kerana kanak-kanak yang masih kecil ini memiliki tisu yang lembut dimana ianya akan mengakibatkan kesan seberti calar, terseliuh, luka dan melecek. Kemungkinan untuk berlakunya patah juga boleh berlaku dimana ianya akan mengakibatkan bengkak pada bahagian yang patah, sakit dan apa yang lebih merisaukan adalah sehingga menjadi cacat anggota. Bahagian yang paling penting untuk ibu bapa lindungi dan pantau sekiranya kanak-kanak ini jatuh adalah pada bahagian kepala kerana ianya boleh mengakibatkan bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan. Antara kecederaan lain yang kemungkinan boleh berlaku akibat daripada kanak-kanak yang jatuh tadi adalah kecederaan organ dalaman. Apa yang kita risaukan adalah sekiranya berlaku kesan yang teruk akibat daripada jatuh ini kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut. Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Sekiranya Kanak-kanak Jatuh

Rawatan yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan. Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan ais batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit seperti sirap paracetamol untuk mengurangkan kesakitan dan rehatkan anggota yang tercedera. Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera dan balutkannya dengan kain bersih. Sekiranya anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan. Kemudian anda perlu periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan tersebut. Jika anda mengesyaki anak anda mengalami kecederaan yang serius, sila dapatkan bantuan doktor.

Langkah Pencegahan Yang Boleh Diambil Untuk Mengalakkan Daripada Kanak-kanak Jatuh

Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah dengan mengambil beberapa langkah pencegahan awal. Terdapat beberapa langkah untuk mencegahnya seperti dikawasan tangga. Ibu bapa boleh pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah. Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu dan ibu bapa perlu pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi. Langkah pencegahan yang boleh diambil dikawasan lantai pula adalah dengan menyimpan semua permaidani yang dilipat dan barang-barang supaya tidak berselerak di lantai. Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi mengelakkan lantai licin. Susunan perabot di dalam rumah juga dapat mencegah daripada berlakunya kemalangan jatuh dalam kanak-kanak ini. Ibu bapa perlua mengelakkan daripada meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap kerana ini akan membuatkan kanak-kanak akan merasa seronok untuk memanjat perabot tersebut untuk melihat keluar tingkap. Ibu bapa juga perlu rajin untu mencuci bilik mandi dengan kerap bagi mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Masalah Kanak-kanak?

Setiap ibu dan bapa sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Hal ini juga termasuklah dengan keadaan kesihatan dan tubuh badan yang baik dalam kalangan anak-anak mereka ini. Namun, bak kata pepatah malang tidak berbau. Dalam kegembiraan dan keseronokan kanak-kanak ini menjalani hari-hari mereka, kadang kala akan berlaku sesuatu yang tidak kita jangka. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi anak-anak mereka dengan baik dan sekiranya perlu, ibu bapa perlulah segera mendapatkan rawatan di pusat kesihatan yang berdekatan. Sekiranya anda mengalami masalah untuk pergi ke mana-mana pusat kesihatan untuk merawat anak anda, anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak