Pemakanan Ibu Mengandung – Apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Penjagaan pengambilan makanan bukan sahaja penting dalam mengekalkan tubuh badan yang ideal. Namun ianya juga adalah satu faktor yang penting dalam menjamin dan mengekalkan kesihatan tubuh badan yang lebih baik untuk setiap orang. Namun begitu, bagaimana pula dengan ibu yang sedang mengandung? Adakah pemakanan yang diambil oleh ibu yang mengandung ini akan memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran bayi di dalam kandungannya? Jawapannya adalah ‘benar’. Pengambilan makanan yang sihat akan dapat membantu bayi di dalam kandungan anda untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Perkara ini juga akan sekaligus memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan dan perkembangan bayi di dalam kandungan anda dengan lebih optimum.

Ibu Yang Megambil Ubat-ubatan

Terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan oleh seseorang ibu yang mengandung sekiranya mereka diberikan ubat untuk menambah darah seperti obimin, iberet dan lain-lain. Bagi ibu-ibu yang diberikan ubat seperti yang dinyatakan diatas, mereka perlu memastikan bahawa mereka tidak mengambil makanan seperti susu, produk tenusu, kopi dan kuning telur. Sekiranya si ibu ingin mengambil juga makanan tersebut, mereka perlu menjarakkan pengambilan ubat-ubatan ini selama dua jam dengan makanan tersebut. Hal ini adalah kerana, makanan-makanan seperti susu, produk tenusu, kopi dan kuning telur ini akan menghalang penyerapan zat besi. Zat besi merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam menghasilkan sel darah merah.

Mengamalkan Konsep Suku-suku Separuh

Konsep suku-suku separuh ini sebenarnya adalah salah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program Pinggan Sihat Malaysia. Konsep ini adalah bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap makanan yang perlu ada di atas pinggan dalam pembahagian jenis makanan ketika waktu makan. Secara asasnya, konsep ini membahagikan pinggan kita kepada tiga bahagian. Suku daripada pinggan tersebut diisi dengan sumber karbohidrat. Suku lagi daripada pinggan tersebut akan diisikan dengan sumber protein dan lemak. Manakala lagi separuh pinggan akan diisikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini bermakna, secara amnya jika anda hendak makan nasi, maka suku pinggan itu adalah nasi. Suku lagi adalah lauk dan separuh lagi adalah sayur atau buah. Sebagai contoh lain pula, sekiranya anda makan bihun sup, suku pinggan atau mangkuk itu adalah bihun. Suku lagi adalah lauk seperti kepingan ayam atau daging dan separuh lagi adalah ulam dan sayur-sayuran serta pencuci mulut dengan buah-buahan. Maka, konsep ini adalah suatu panduan yang fleksibel jika anda memahaminya secara asas. Oleh yang demikian, ibu yang sedang mengandung adalah sangat disarankan untuk mengamalkan konsep suku-suku separuh ini. Hal ini bukan sahaja dapat memberi kebaikan kepada si ibu malah bayi di dalam kandungannya juga akan mendapat nutrisi dan lengkap dan seimbang.

Elakkan Makanan Yang Tidak Sihat

Sebagai seorang ibu yang mengandung, demi untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik dan juga demi menjaga tumbesaran bayi di dalam kandungannya dengan baik. Si ibu perlulah menahan diri dan mencuba untuk mengelakkan pengambilan minuman yang manis dan makanan ringan. Ibu-ibu perlu sentiasa mengutamakan pemilihan makanan daripada lima kumpulan makanan ini, iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protin, produk tenusu dan bijirin penuh. Ibu yang mengandung juga perlu sentiasa mengekalkan hidrasi dan sentiasa minum air dengan secukupnya.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Pemakanan Ibu Mengandung?

Bagi para ibu yang mempunyai msalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, atau kurang H.B. Anda perlu mendapatkan konsultasi pemakanan yang selanjutnya. Di Klinik Siti, kami ada menyediakan perkhidmatan konsultasi pemakanan sama ada di klinik atau juga di dalam talian. Anda juga boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Vitamin untuk Ibu Mengandung, Keperluan dan Kebaikan.

Tip Kesihatan

Scan Bayi Perempuan, Keluar Bayi Lelaki? Waktu yang paling sensual untuk membuat pengesahan

Tip Kesihatan

Kepentingan Herd Immunity Sebab Anda Perlu Memberikan Anak Anda Vaksinasi