Pendarahan Hidung

Kongsikan

Mama Hidung Adik Berdarah!!, Macam Mana Boleh Jadi Macam Ni Dik???????

Mesti Cemaskan Jika Perkara Ini Berlaku DiKalangan Keluarga Kita. Macam mana boleh terjadi?? Apa yang patut buat ni????

????Sebenarnya hidung berdarah atau istilah perubatannya, epistaksis berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering, menghembus hidung dengan kuat, terlalu kerap bersin, jangkitan sinus dan kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung selain dalam kes jarang berlaku seperti tekanan darah tinggi.

????Epistaksis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pendarahan di bahagian hadapan dan pendarahan di bahagian belakang. Lebih 90 peratus pendarahan hidung berlaku pada bahagian hadapan dan selalunya membabitkan sebelah bahagian hidung saja selain mudah diberhentikan.

????Manakala 10 peratus pula berlaku pada belakang hidung dan pendarahan berlaku lebih banyak dan berbahaya. Untuk kes pendarahan teruk, ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan pesakit berisiko tersedut darah ke dalam paru-paru dan sukar dikawal

Apa yang penting
Cepat cepat bawa berjumpa Doktor bagi pemeriksaan yang lebih teliti, Ingat Jangan cepat untuk ambil tindakan yang Boleh Memudaratkan Diri Anda & Keluarga

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak