Setakat ini, Novel Coronavirus atau 2019-nCoV ini tiada vaksin. Statistik bilangan kes Novel Coronavirus di seluruh dunia menunjukkan peningkatan jumlah pesakit yang terjangkiti.
Sebaiknya tangguhkan atau elakkan perjalanan ke China. Sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi mengelak diri anda dan orang lain dijangkiti.
Sekiranya anda ada berhubung secara langsung dengan individu berisiko terkena jangkitan virus Coronavirus atau pergi ke China, SEGERA jalani saringan kesihatan dan pengesahan Coronavirus di #KlinikSiti atau hospital berdekatan untuk mengetahui status kesihatan anda.