• Utama
  • Tip Kesihatan
  • Scan Bayi Perempuan, Keluar Bayi Lelaki? Waktu yang paling sensual untuk membuat pengesahan

Scan Bayi Perempuan, Keluar Bayi Lelaki? Waktu yang paling sensual untuk membuat pengesahan

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Sudah menjadi satu keperluan bagi seseorang ibu yang sedang mengandung untuk membuat imbasan ultrasound untuk melihat keadaan kesihatan dan tumbesaran bayi yang sedang dikandung olehnya. Peluang ini juga turut digunakan oleh pasangan bakal ibu dan bapa ini untuk mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan oleh si ibu tersebut. Kebiasaannya, pasangan ibu dan bapa ini akan berasa sangat teruja untuk mengetahui jantina anak mereka ini kerana apabila telah mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan, mereka boleh membuat persediaan awal seperti membeli peralatan-peralatan atau keperluan bayi mengikut kesesuaian jantina anak mereka yang bakal dilahirkan tersebut. Namun, ada sesetengah kes dimana pasangan ibu dan bapa ini diberitahu bahawa anak yang dikandung itu adalah anak perempuan tetapi yang keluar adalah sebaliknya anak lelaki. Sudah pastinya ada penjelasan terhadap apa yang telah berlaku ini. Mari kita lihat apakah punca-puncanya.

Benarkah Perkara Ini Boleh Terjadi?

Perkara seperti ini sudah semestinya boleh terjadi. Ini adalah kerana apabila seseorang doktor ataupun sonografer membuat imbasan ultrasound terhadap ibu yang sedang mengandung ini, mereka juga perlu melihat kepada tahap kandungan tersebut telah mencapai usia berapa minggu. Untuk melihat jantina bayi di dalam kandungan ini, adalah disarankan untuk melihatnya pada usia kandungan sekitar 20 minggu dan ke atas. Ini adalah kerana, jantina seseorang bayi itu datangnya daripada sel yang sama. Cumanya untuk seseorang bayi itu membentuk alat kelaminnya bagi menentukan dia jantina lelaki atau perempuan memang waktu yang paling sesuai adalah pada usia 20 minggu dan ke atas.

Bagaimana Sekiranya Membuat Imbasan Ultrasound Pada Sebelum Usia 20 Minggu?

Sebagai contohnya apabila seseorang doktor atau sonografer membuat imbasan ultrasound kepada bayi di dalam kandungan yang baru berusia 16 minggu dan doktor mendapati bahawa bayi di dalam kandungan tersebut seperti perempuan, doktor akan meminta ibu yang mengandung ini untuk datang semula pada usia kandungan 24 minggu atau 26 minggu untuk membuat imbasan ultrasound sekali lagi bagi mengesahkan semula jantina bayi di dalam kandungan tersebut. Ini adalah kerana, pada usia 16 minggu tersebut ada kemungkinan untuk bayi di dalam kandungannya masih belum habis tumbesaran atau masih dalam proses pembentukan jantinanya pada ketika itu. Ini bermakna, untuk membuat pengesahan mengenai jantina bayi, waktu yang paling sesuai untuk dilakukan adalah pada usia kandungan sekitar 20 minggu dan ke atas.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Scan Jantina Bayi?

Sekiranya anda sedang mencari-cari dimanakah tempat yang sesuai untuk membuat scan ultrasound bagi melihat jantina bayi di dalam kandungan anda. Sudah semestinya di Klinik Siti adalah tempat yang terbaik buat anda kerana di Klinik Siti kami menyediakan high-end scan dan tempat yang sangat selesa buat anda. Kami juga turut menyediakan doktor wanita yang akan membantu anda di dalam urusan ini dan sudah semestinya anda tidak perlu merasa segan atau malu lagi. Anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Berpantang Untuk Ibu Selepas Bersalin Suatu Proses Pemulihan Yang Sangat Penting

Tip Kesihatan

Anak Lewat Bercakap, Tiada Kiatan Dengan Faktor Jantina

Tip Kesihatan

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan