Tumpah darah sewaktu mengandung?

Kongsikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Sudah menjadi satu perkara yang sangat dibimbangkan oleh setiap ibu yang mengandung adalah apabila berlakunya tumpah darah. Sejak daripada dahulu lagi kita sering ditakutkan dengan kes tumpah darah dalam kalangan ibu mengandung dan ianya sering dikaitkan dengan kes keguguran kandungan. Sebenarnya, kejadian tumpah darah ini boleh berlaku di atas beberapa faktor lain dan ianya bukanlah hanya kerana faktor keguguran semata-mata.
Kandungan Di Luar Rahim
Sebagai contohnya adalah semasa kandungan masih tempoh dalam first trimester. Kadang-kadang sewaktu dalam tempoh first trimester ini apabila seseorang ibu baru mengetahui yang dia baru mengandung mungkin dalam 8 minggu, secara tiba-tiba pada keesokan harinya dia keluar sesuatu seperti sporting atau keluar darah. Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku, salah satunya adalah kandungan itu mungkin berada di luar rahim. Kandungan di luar rahim juga boleh membuatkan pendarahan sewaktu mengandung. Cumanya, kandungan diluar rahim ini bukan hanya menyebabkan pendarahan tetapi ianya juga akan diikuti dengan sakit perut yang teramat sangat.
Apa Perlu Ibu Lakukan?
Sebaiknya apabila seseorang itu mendapat tahu bahawa pregnancy test itu menunjukkan dua garis (mengandung). Segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat ultrasound atau scan di awal kandungan untuk melihat tahap kesihatan kandungan pada ketika itu. Daripada tindakan inilah seseorang ibu akan dapat kesan dengan lebih awal sekiranya kandungan ini berada diluar rahim supaya dapat mengambil langkah awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain yang bakal berlaku.
Kandungan Belum Stabil Atau Belum Kuat
Kebiasaannya, tumpah darah yang berlaku sewaktu first trimester juga boleh disebabkan oleh kandungan yang masih belum kuat lagi. Kandungan yang masih belum kuat ini kebiasaanya disebabkan oleh faktor hormon bagi seseorang ibu. Sebagai contohnya apabila seseorang ibu membuat ultrasound dan doktor melihat jantung bayi berkelip cantik dan sihat tetapi ada keluar darah. Dalam hal ini, doktor akan memberikan ubat hormon kepada ibu ini untuk betulkan semula hormon di dalam badannya dan untuk stabilkan semula kandungannya.
Uri Kandungan Berada Di Bawah
Selepas first trimester sebagai contohnya 22 minggu dalam kandungan. Sekiranya masih berlaku kejadian tumpah darah ini sewaktu kandungan sudah melebihi 22 minggu. Kebiasaannya ini adalah disebabkan oleh uri yang berada di bahagian bawah dimana uri kandungannya terletak berdekatan dengan pintu rahim. Sekiranya hal ini berlaku, ianya juga boleh menyebabkan pendarahan sewaktu mengandung. Adakah hal ini merbahaya? Ianya bergantung kepada peringkatnya dan ibu perlu mendapatkan nasihat dan rawatan yang selanjutnya daripada doktor yang bertauliah.
Sudah Mahu Bersalin
Pada akhir usia kandungan apabila usia kandungan sudah mencapai tempoh 38 minggu dan keatas, sudah pasti akan berlakunya tumpah darah kerana si ibu sudah mahu bersalin. Kebiasaannya doktor akan sentiasa ingatkan ibu yang mengandung ini untuk segera ke hospital apabila berlakunya tumpah darah dalam tempoh ini. Ini adalah kerana, apabila usia kandungan sudah mencapai tempoh 38 minggu dan keatas, maknanya tempoh kandungan sudah matang dan pintu rahim sudah terbuka dan salah satu tandanya adalah keluar atau tumpah darah.
Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Tumpah Darah?
Secara kesimpulannya, tumpah darah sewaktu mengandung ini adalah perkara yang biasa terjadi. Apa yang perlu ada lakukan adalah dengan mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pegawai kesihatan seperi doktor atau nurse yang betul-betul bertauliah. Jangan sesekali mencari jawapan sendiri di laman web kerana kita belum tahu bagaimana situasi sebenar terhadap permasalahan anda. Jadi bagaimana sekiranya anda terlalu sibuk bekerja, tak sempat untuk ke klinik kesihatan kerana sudah tutup pada jam 5 petang? Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan anda dimana Klinik Siti kini sudah mempunyai 30 cawangan di sekitar Selangor dan dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.
Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Bila waktu yang sesuai untuk buat pregnancy test?

Tip Kesihatan

Kandungan Di Luar Rahim, Kepentingan Check di Awal Kandungan

Tip Kesihatan

Buka Buku Pink (Antenatal), Kad Pengenalan Ibu Mengandung