Vitamin untuk Ibu Mengandung, Keperluan dan Kebaikan.

Kongsikan

Kebiasaannya kita sering mendengar mengenai pengambilan vitamin dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai jenis vitamin yang dijual dipasaran dan mempunyai pelbagai perisa dan warna untuk menarik minat kanak-kanak. Namun yang menjadi persoalannya adalah, adakah ibu yang sedang mengandung juga perlu untuk mengambil vitamin? Jawapannya adalah ‘Ya!’. Ibu yang sedang mengandung perlu untuk mengambil vitamin. Ini adalah kerana dengan pengambilan vitamin ini, seseorang ibu yang sedang mengandung akan dapat menjalankan kehidupan dan aktiviti hariannya dengan sihat dan sekaligus dapat menjamin kesihatan bayi di dalam kandungannya. Tetapi apakah jenis vitamin yang diperlukan tersebut? Apakah keperluannya? Mari kita lihat.

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Seseorang ibu yang sedang mengandung perlu mengawal tahap hemoglobin atau darah merah di dalam badan mereka. Oleh disebabkan itulah seseorang ibu mengandung ini perlu mendapatkan vitamin untuk memastikan darah merah di dalam badan mereka sentiasa kekal pada tahap 11.0 dan ke atas. Sekiranya tahap darah merah seseorang ibu mengandung ini mula menurun dibawah paras 11.0, mereka akan mula merasa letih, penat dan lesu. Sehingga satu tahap yang lebih teruk sekiranya darah merah ibu yang sedang mengandung ini betul-betul berada di tahap yang sangat rendah, mereka perlu ke hospital untuk dimasukkan transfuse darah yang lain. Ini adalah kerana, sekiranya seseorang ibu yang sedang mengandung ini mempunyai tahap hemoglobin atau darah merah dibawah 6.0, mereka akan menjadi sangat letih dan tidak bermaya kerana bayi di dalam kandungannya juga akan mengambil vitamin daripada si ibu tersebut.

Jenis Vitamin Yang Diberikan

Terdapat beberapa jenis vitamin yang sering diberikan oleh klinik kesihatan di tempat anda untuk membantu dalam penambahan darah merah di dalam tubuh badan anda. Sebagai contohnya adalah Zincofer, Obimin, Iberet atau tablet yang berwarna coklat (Iron Tablets). Semuanya ini adalah zat besi yang diperlukan di dalam badan. Obimin merupakan tablet yang paling kurang kandungan zat besi dan ianya digunakan hanyalah untuk memberi bekalan zat besi sahaja di dalam badan dan ianya mungkin hanya sekitar 70 mg sahaja. Zincofer pula adalah tablet yang mempunya lebih sedikit zat besinya daripada Obimin. Zincofer mengandungi sekitar 300 mg zat besi. Manakala tablet yang mengandungi zat besi yang paling tinggi adalah Iberet dimana ianya mengandungi sebanyak 500 mg zat besi. Iberet ini sering diberikan kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah anemia atau kekurangan darah merah di dalam badannya.

Waktu Yang Sesuai Untuk Mengambil Vitamin Ini

Waktu yang paling sesuai untuk mengambil vitamin ini adalah pada ketika perut sedang kosong atau doktor akan sarankan untuk mengambil vitamin ini sama ada 2 jam sebelum makan ataupun 2 jam selepas makan. Disebabkan tablet zat besi ini mengandungi satu bau yang agak kurang menyenangkan, doktor juga sering mengingatkan supaya si ibu yang sedang mengandung tidak mengambil ubat ini bersama dengan minuman berperisa seperti coklat, minuman bersusu atau minuman yang berkafein. Si ibu boleh mengambil ubat ini bersama air kosong ataupun air jus untuk mengurangkan rasa yang kurang menyenangkan tersebut.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Pengambilan Vitamin?

Vitamin ini perlu diambil oleh ibu mengandung kerana kita mahu mengekalkan darah merah si ibu kepada tahap yang optimum. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan vitamin, anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman rumah anda dimana kami turut menyediakan kesemuanya doktor perempuan dan kita turut boleh memberi nasihat tentang kandungan anda. Anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak